Thursday, December 11, 2008

Pulang ke kg...sambut Aidil Adha




Kami bertolak ke kg pada pagi hari Ahad 7 Dis 08... Dengar lagu 'selamat hari raya'di corong radio.. pilu rasa di hati..tiada lagi ibu menunggu di rumah pusaka.
Dalam perjalanan sempat snap menyenap gambar..untuk menghiburkan hati.

..gua musang, bukitnya gondol


..Jambatan Yahya Petra, nampak masih kukuh w.pun dah tua


...banyak kenangan di sini.

...dapur (ruang makan)



....Pak long bertemu pok cik azizi

... lorong kenangan.

..bersambung..dah ngantuk.


Wednesday, December 03, 2008

Resipi Ibu

Daging Kermak ...(Kurma Daging)

1/2 kilo daging
1 peket rempah kurma+ 1 camt serbuk jintan putih
Secekak bawang merah
3 ulas bawang putih untuk tumis
1 labu bawang besar
1/2" halia tumbuk ngan bwg merah dan gaul ngan rempah..campur air sikit
Santan pekat dari 1 biji kelapa
Garam, gula dan asam gelugur
Sedikit susu pekat manis

Cara2
- Panaskan minyak..tumis bawang putih dan bawang merah hiris dan tambah daun kari
- Bila dah naik bau, masukkan bahan tumbuk
- Bila dah garing masukkan daging serta garam, kecilkan api dan masak hingga air daging kuar lepas tu campur sedikit susu pekat manis...kacau
- Bila air daging dah kering, campur santan pekat, asam gelugor dan kentang yg dah dibelah 4
- Biarkan mendidih 5 minit, lepas tu kecap keseimbangan rasa masam manis dan masam
- Akhir sekali, bila dah nak masak baru masukkan bawang besar dipotong seperti epal

Dah...selamat mencuba.. sedap!
Gambar lain kali..

Harini dapat resipi Cheese Cake dari adik di NZ... Ija
nampak senang je, buleh cuba tu!

Tuesday, December 02, 2008

D'waktu cuti sekolah..

Salam semua!!
Pagi ni bfast penkek letak madu...mmm sedap.
2 minggu dah cuti sekolah berlalu...jap je
plan nak buat mcm2, rupanya 24 jam sehari tak cukup...
Ingat nk jait baju kurung byk2,
nak jahit sulam manik,
nak masak2..cuba resipi2 baru dll
He he...baju kurung baru siap sepasang,
jait manik pun baru satu,
resipi pun baru satu,
oklahtu kot,
hujung minggu sibuk jln2 ngan family..singgah kat zawiahshop.com kat tmn dato senu
ape lagi shoppinglaa..

Monday, December 01, 2008

Langit Senyum!

Subhanallah!
Lebihkurang pukul 9pm tadi ...tak sangka dapat tengok langit seolah-olah sedang tersenyummm..
Tak caya? tengoklah gambar2 ni







Friday, November 28, 2008

Sajak untuk Ayah dan Bonda Tercinta..



Ibu Ayah
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup
sayu
Kudusnya kasih yang engkau
hamparkan
Bagaikan laut yang tak
bertepian

Biarpun kepahitan yang telah
engkau rasakan
Tidakpun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami
semua anak-anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balas akan semua
ini
semoga Allah memberkati
kehidupan ayah ibu

Ibu Ayah
Kau ampunilah dosa-dosaku
Andainya pernah menghiris
hatimu
Restumu yang amat aku
harapkan
Kerana di situ letaknya
syurgaku
Kau banyak melayani kenakalan
anak-anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku
kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh
bernilai
itulah harta yang kau berikan

Ayah dan ibu
Dengarlah rintih hatiku
Untukmu ayah dan ibu
Kasihanilah Tuhan, ibu yang
telah melahirkan diriku
Bahagiakan kasih ayah ibu
sewaktu kecilku
Semoga bahagia ayah ibu di dunia
dan akhirat sana
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa

Kasihnya ayah tak sanggup
berpisah
Dan kasih anaknya berkorban nyawa
Biarlah jiwa akan tersiksa
Ikhlas dan rela asalkan bahagia

Terima kasih duhai ayah dan
ibuku tersayang
Diatas setiap segala
pengorbanan serta setiap
titis air susu yang telah
membesarkan kami
SEMUA ANAK-ANAKMU
(Rohasiah Hj Daud)





Monday, November 24, 2008

RAHSIA ISLAM DI CHINA

Rahsia Islam Di China


editor : kasihsayang




Buku ini sebenarnya saya beli di Pesta Buku yang bertempat di PWTC pada bulan april yang lalu. Ianya berkisarkan tentang sejarah kedatangan Islam di China. Jika sebelum ini kita sentiasa sahaja ’disajikan’ dengan sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu, apa kata kalau saya syorkan anda membaca buku ini pula. Tumpuan utama yang diberikan oleh penulis ini, Ann Wan Seng adalah terkandung dalam 24 bab.

Bab 1 hingga 3 menerangkan mengenai kedatangan islam di China. Apa yang menarik mengenai bab ini ada dua. Pertamanya adalah Nabi Muhammad sendiri telah mengutuskan beberapa orang sahabat supaya berdakwah di China. Antaranya adalah Saad bin Abdul Qais, Qais bin Hudhafah, Urwah bin Abi Uththan dan Abu Qais bin Al-Harith. Keduanya adalah hubungan diplomatik dengan negara Islam dan China ( berdasarkan catatan rekod dinasti Tang) adalah sudah lama terjalin antara Pemerintah China dengan Pemerintahan Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Usman bin Affan. Jadi, adalah tidak benar mengenai hipotesis yang saya dengar sebelum ini bahawa hubungan diplomatik dunia Islam dan China yang pertama terjalin ketika era pemerintahan Umaiyyah. Sungguh mengujakan!

Bab 4 dan seterusnya pula banyak menerangkan tentang perkembangan Islam di China. Hal ini termasuklah mengenai perkembangan Islam semasa zaman pemerintahan dinasti Yuan, dinasti Ming dinasti Tang dan dinasti Mongol. Pada Dinasti lain pula seperti dinasti Manchu, Islam agak sukar dikembangkan memandangkan terdapatnya episod pemberontakan dan tekanan daripada pemerintah ke atas orang Islam. Hal ini menyebabkan orang Islam mengubah perjalanan ke Asia Tenggara pula. Dengan ini tidak hairanlah bilamana teori yang mengatakan Islam datang ke asia tenggara adalah datangnya melalui Tanah Arab, India dan China tidak boleh dipertikaikan sama sekali.

Dalam bab yang lain pula AWS banyak menerangkan tentang kebudayaan ,peradaban, seni khat Muslim di china, masjid dan keunikannya, minoriti Islam, tokoh-tokoh Islam, perjuangan umat islam di China dan gerakan kemerdekaan di China. Secara keseluruhannya, Perkembangan Islam di China sudah jauh berubah. Jika dahulunya, Islam dikembangkan melalui pedagang yang datang dari Tanah Arab. Ada yang berkahwin dan menetap di China. Disebabkan itu,maka lahirlah mereka yang mempunyai salasilah keturunan dengan orang Arab, Parsi,Turki,Tartar Mongol dan sebagainya. Setelah itu, kebudayaan Islam diserapkan ke dalam kebudayaan China (Perkara ini boleh dilihat sendiri pada binaan masjid Huaisheng dan masjid Xi’an yang berbentuk seperti pagoda nampaknya). Meskipun menghadapi tentangan dan penindasan daripada pemerintah dari dinasti Manchu ,Qing dan juga Parti Komintang dan beberapa episod tindak balas pemberontakan daripada pihak Islam sendiri di China, Islam tetap juga gagah berdiri sehingga ke hari ini. Malah warga muda Muslim China berasa bangga kerana diahirkan sebagai orang Islam.

Kini, di era pemerintahan komunis, Muslim China ditekan dan ditindas gara-gara pemerintahan komunis menghalang mana-mana agama diamalkan. Ini termasuklah larangan untuk berpuasa di bulan ramadhan. Umat islam China dipaksa untuk makan makanan tengah hari yang disediakan oleh pemerintah. Jika tidak, mereka akan ditahan dan dipenjarakan. Teruk bukan?

Sebenarnya, masih banyak lagi isi buku ini yang saya tak senaraikan. Tapi, apa yang saya mahu sampaikan ini adalah juga untuk renungan bersama...bertapa kita ini beruntung. Tetapi mereka di sana...sepertimana juga di Palestin dan Iraq. Mereka sentiasa mengharapkan bantuan Muslim seperti anda. Ayuh...bangkitlah!

Sumber: http://azamtekad.wordpress.com

Di pagi minggu..

Selepas bfast.. pak long gi jengok laman rumah yg sgt cantik bagi pak long, mak long pun tumpang sekaki. Apa lagi snap gambar orkid yg baru berkembang di laman..


umm..tengoklaa








Phalaenopsis sp




























































































































































Wednesday, October 29, 2008

Memori Indah bersama arwah ayahandabonda Tercinta..


Tanggal 29 Feb 2008...
perginya ibu tercinta untuk selama2nya,
kembali ke Rahmatullah,..
semoga Rohnya bersama Roh arwah ayah sentiasa dicucuri Rahmat..
Sama2lah kita hadiahkan AlFatihah..



..bersama cucu2


Anak- Anak Buah..

emm..ramainya anak2 buah kita..




..yang ini pulak mcm anak maori..

Tuesday, October 28, 2008

Bergambar ramai2 dgn keluarga abg aziz di rumah kajang.




bunga orkid kegemaran abg aziz.

banyak pokok dah berbunga...sgt cantik!

lain kali bunga orkid yang lain pulak..

Resipi Dadih untuk adik..Aziyah

Dadih bahan2nya:
8 sudu besar susu tepung ( tak kira lee brand aper pun , janji susu tepung )
2 litter air 2 sudu besar/11 grm serbuk agar2 tak berwarna
1 cawan gula secubit garam perwarna or perasa ikut suka or buah-buahan dlm tin .
caranya :-
- masukkan susu dan susu kedalam bekas
- kacau sehingga sebati dan tapiskan. - kemudian masak atas api yang sederhana dan campurkan gula dan letak secubit garam.
- bila susu dah mula panas,masukkan serbuk agar2 tadi dan masak sehingga mendidih dan tutup api dan tapis sekali lagi.
- ambil 1/3 dari bancuhan tadi letak dlm bekas dan campur buah-buahan dlm tin.
- ambil 1/3 dari bancuhan campur dengan pess strawberry , kacau sehingga sebati, tapis dulu dan masuk dlm bekas .
- ambil 1/3 dari bancuhan campur dengan coklat emulco
- kacau sehingga sebati , tapis dan masuk dlm bekas.
note : - kalau tak nak campur dengan apa2 perasa or perwarna , lepas mendidih boleh terus masukkan dlm bekas dan tunggu sejuk sedikit baru boleh masuk dlm petiais.
- ada juga org gantikan susu tepung dengan coffeemate (terpulang pada selera masing2 ya )
SELAMAT MENCUBA....