Friday, November 28, 2008

Sajak untuk Ayah dan Bonda Tercinta..



Ibu Ayah
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup
sayu
Kudusnya kasih yang engkau
hamparkan
Bagaikan laut yang tak
bertepian

Biarpun kepahitan yang telah
engkau rasakan
Tidakpun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami
semua anak-anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balas akan semua
ini
semoga Allah memberkati
kehidupan ayah ibu

Ibu Ayah
Kau ampunilah dosa-dosaku
Andainya pernah menghiris
hatimu
Restumu yang amat aku
harapkan
Kerana di situ letaknya
syurgaku
Kau banyak melayani kenakalan
anak-anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku
kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh
bernilai
itulah harta yang kau berikan

Ayah dan ibu
Dengarlah rintih hatiku
Untukmu ayah dan ibu
Kasihanilah Tuhan, ibu yang
telah melahirkan diriku
Bahagiakan kasih ayah ibu
sewaktu kecilku
Semoga bahagia ayah ibu di dunia
dan akhirat sana
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa

Kasihnya ayah tak sanggup
berpisah
Dan kasih anaknya berkorban nyawa
Biarlah jiwa akan tersiksa
Ikhlas dan rela asalkan bahagia

Terima kasih duhai ayah dan
ibuku tersayang
Diatas setiap segala
pengorbanan serta setiap
titis air susu yang telah
membesarkan kami
SEMUA ANAK-ANAKMU
(Rohasiah Hj Daud)





Monday, November 24, 2008

RAHSIA ISLAM DI CHINA

Rahsia Islam Di China


editor : kasihsayang




Buku ini sebenarnya saya beli di Pesta Buku yang bertempat di PWTC pada bulan april yang lalu. Ianya berkisarkan tentang sejarah kedatangan Islam di China. Jika sebelum ini kita sentiasa sahaja ’disajikan’ dengan sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu, apa kata kalau saya syorkan anda membaca buku ini pula. Tumpuan utama yang diberikan oleh penulis ini, Ann Wan Seng adalah terkandung dalam 24 bab.

Bab 1 hingga 3 menerangkan mengenai kedatangan islam di China. Apa yang menarik mengenai bab ini ada dua. Pertamanya adalah Nabi Muhammad sendiri telah mengutuskan beberapa orang sahabat supaya berdakwah di China. Antaranya adalah Saad bin Abdul Qais, Qais bin Hudhafah, Urwah bin Abi Uththan dan Abu Qais bin Al-Harith. Keduanya adalah hubungan diplomatik dengan negara Islam dan China ( berdasarkan catatan rekod dinasti Tang) adalah sudah lama terjalin antara Pemerintah China dengan Pemerintahan Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Usman bin Affan. Jadi, adalah tidak benar mengenai hipotesis yang saya dengar sebelum ini bahawa hubungan diplomatik dunia Islam dan China yang pertama terjalin ketika era pemerintahan Umaiyyah. Sungguh mengujakan!

Bab 4 dan seterusnya pula banyak menerangkan tentang perkembangan Islam di China. Hal ini termasuklah mengenai perkembangan Islam semasa zaman pemerintahan dinasti Yuan, dinasti Ming dinasti Tang dan dinasti Mongol. Pada Dinasti lain pula seperti dinasti Manchu, Islam agak sukar dikembangkan memandangkan terdapatnya episod pemberontakan dan tekanan daripada pemerintah ke atas orang Islam. Hal ini menyebabkan orang Islam mengubah perjalanan ke Asia Tenggara pula. Dengan ini tidak hairanlah bilamana teori yang mengatakan Islam datang ke asia tenggara adalah datangnya melalui Tanah Arab, India dan China tidak boleh dipertikaikan sama sekali.

Dalam bab yang lain pula AWS banyak menerangkan tentang kebudayaan ,peradaban, seni khat Muslim di china, masjid dan keunikannya, minoriti Islam, tokoh-tokoh Islam, perjuangan umat islam di China dan gerakan kemerdekaan di China. Secara keseluruhannya, Perkembangan Islam di China sudah jauh berubah. Jika dahulunya, Islam dikembangkan melalui pedagang yang datang dari Tanah Arab. Ada yang berkahwin dan menetap di China. Disebabkan itu,maka lahirlah mereka yang mempunyai salasilah keturunan dengan orang Arab, Parsi,Turki,Tartar Mongol dan sebagainya. Setelah itu, kebudayaan Islam diserapkan ke dalam kebudayaan China (Perkara ini boleh dilihat sendiri pada binaan masjid Huaisheng dan masjid Xi’an yang berbentuk seperti pagoda nampaknya). Meskipun menghadapi tentangan dan penindasan daripada pemerintah dari dinasti Manchu ,Qing dan juga Parti Komintang dan beberapa episod tindak balas pemberontakan daripada pihak Islam sendiri di China, Islam tetap juga gagah berdiri sehingga ke hari ini. Malah warga muda Muslim China berasa bangga kerana diahirkan sebagai orang Islam.

Kini, di era pemerintahan komunis, Muslim China ditekan dan ditindas gara-gara pemerintahan komunis menghalang mana-mana agama diamalkan. Ini termasuklah larangan untuk berpuasa di bulan ramadhan. Umat islam China dipaksa untuk makan makanan tengah hari yang disediakan oleh pemerintah. Jika tidak, mereka akan ditahan dan dipenjarakan. Teruk bukan?

Sebenarnya, masih banyak lagi isi buku ini yang saya tak senaraikan. Tapi, apa yang saya mahu sampaikan ini adalah juga untuk renungan bersama...bertapa kita ini beruntung. Tetapi mereka di sana...sepertimana juga di Palestin dan Iraq. Mereka sentiasa mengharapkan bantuan Muslim seperti anda. Ayuh...bangkitlah!

Sumber: http://azamtekad.wordpress.com

Di pagi minggu..

Selepas bfast.. pak long gi jengok laman rumah yg sgt cantik bagi pak long, mak long pun tumpang sekaki. Apa lagi snap gambar orkid yg baru berkembang di laman..


umm..tengoklaa








Phalaenopsis sp