Sunday, July 18, 2010

KERJA..KERJA..KERJA..



Hai..
Kerja menanda buku...banyaknye nak siapkan..
Orang kata kerja guru senang, kalu cuti takde kerja.. salah tu
Masa rehat negatif sebenarnya...tak cukup!

Tapi yang seronok jadi guru...ramai anak anak didik...dari kecik sampai dah besar, dah kerja.
Anak murid kenal cikgunya walaupun mereka dah dewasa, cikgu tak ingat sbb muka mereka dah berubah....yang nikmatnya, nama kita dipanggil semasa berjalan-jalan di bandar ke, di taman rekreasi ke...dan lain-lain tempat...."cikgu mazila! tak ingat saya lagi ke?...anak murid cikgu yang nakal dulu!"..

Ni...buku belum tanda...melambak!..

Friday, July 09, 2010

Ilmu kita tak banyak mana...

Kita ini daie. saya selalu pesan kepada anak didik, banyakkan membaca. Baca banyak-banyak, dan ambil pengajaran.



Belajarlah dari kesilapan lalu. Jangan diulang-ulang kesilapan sama. Nanti kena terjah. Maka bila kena terjah, kita mulalah tarik muka (atau memberikan muka menyampah) kepada penerjah dan orang yang ada kaitan dengan penerjah.

(petikan dari blog sedara seislam)

BULAN REJAB ADALAH BULAN YG MULIA.

Bulan Rajab adalah bulan ke tujuh dalam sistem kalender qomariyah islam. Artinya, dua bulan lagi, insyaallah kita akan memasuki bulan yang istimewa, yaitu Ramadhan. Apakah kita sudah mempersiapkan diri menyambutnya?

Meskipun demikian, bulan Rajab adalah salah satu dari bulan-bulan ‘haram‘ atau mulia di sisi Allah swt. Allah berfirman:

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram…” (Al Qur’an surat At Taubah: 36)

Di dalam ash Shahihahin terdapat hadist dari Abu Bakrah rahimahullah dari Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam banwa beliau bersabda:

“Sesungguhnya zaman telah berputar seperti keadaannya ketika Allah menciptakan langit dan bumi, dalam setahun itu terdapat dua belas bulan. Empat diantaranya adalah bulan haram (disucikan). Tiga dari empat bulan itu, (jatuh secara) berurutan yaitu Dzulqa’dah, Dzulhijah, Muharram. Sedangkan Rajab (yang disebut juga sebagai) syahru Mudhar, terletak diantara Jumada (ats Tsaniyah) dan Sya’ban.” (HR. Bukhari)

Ibnu Jarir ath Thabari rahimahullah meriwayatkan melalui sanadnya, dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu sehubungan dengan pengagungan Allah terhadap kesucian bulan-bulan ini, beliau berkata,

“Allah Ta’ala telah menjadikan bulan-bulan ini sebagai (bulan-bulan yang) suci, mengagungkan kehormatannya dan menjadikan dosa yang dilakukan pada bulan-bulan ini menjadi lebih besar dan menjadikan amal shalih serta pahala pada bulan ini juga lebih besar.”

(Tafsir ath Thabari)

Thursday, July 08, 2010

Ikhlas..

In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful... Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)

GURU: “Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,”

MURID: “Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”

GURU: “Tak payah, bawa sahaja karung guni.”

MURID: “Karung guni?” (seperti tidak percaya.)

GURU: “Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

GURU: “Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,”

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

MURID: “Cukup?”

GURU: “Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

MURID: “Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”

GURU: “Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”

MURID: “Ya, ya…” (sambil memikul guni yang berat itu kelelahan).

RAKAN LUAR: “Banyak beli barang,” (apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu).

ORANG PASAR: “Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli, Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,”

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

MURID: “Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”

GURU: “Tak buat apa-apa.”

MURID: “Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,”.

GURU: “Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”

MURID: “Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.

GURU: “Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”

MURID: “Dengan memikul batu-batu ini?”

GURU: “Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak’. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”

MURID: “Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”

GURU: “Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”

MURID: “Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYA’ dalam beramal.

Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Allah berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).”
(An-Nisa’: 142)

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.
(Al-Baiyinah: 5)

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:
“Yang sangat saya khuatirkan atas kamu ialah syirik yang terkecil." Sahabat bertanya: "Ya Rasullullah, apakah syirik yang kecil itu?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Riya’”.

thanks hamba Allah...

Saturday, July 03, 2010

Kenduri Kawin di Tmn Sutera, Kajang

Selamat Pengantin Baru...Safarul n Nurul Asyifah..


Ismadi...masih single!
Abe Mi, anak mokcik yoh...adik/kakak arwah mok ...blkg tu anok mokcik romoh, Lan.


...Ni lah mokcik Yoh

Kenduri kenduri kenduri Kawin....belum habis lagi!

Harini plan nak gi kenduri kawin sedara yg sudah lama tidak ketemu...mesti org NZ tertanya-tanya sapa agaknya ni.
Ija...Mi, along nak gi rumah anak cek senoh adik beradik arwah mok jaroh...hok nama Ana tu.
Anak lelaki dio kawin hari ni. Anak sulung dio dah kawin, ni hok no duo..
Insyaallah tali persaudaraan tidak akan terputus setelah jemputan dipenuhi kan...