Saturday, November 26, 2011

Balik Kampung...Cuti sekolah sudah bermula !

 Semasa berada di Kota Bharu (20 Nov 2011) hujan turun dengan lebatnya tidak berhenti-henti.


Semasa kami berada di atas Jambatan Sultan Yahya Petra...gela' gelema'


Jambatan Sultan Yahya Petra

Kg Sireh...pesat membangun

Di bawah jambatan baru ...dalam pembinaan.


...hampir sampai di Kuala Lumpur ( R & R Bukit Tinggi )....tidak hujan, cuaca mendung.

Friday, October 21, 2011

Betapa ku rindu..

Sangat menyentuh...Ya Allah , ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa keluargaku...Amin.

Thursday, September 08, 2011

Artikel Pilihan..mengenai kesihatan

Assalamualaikum wbt,
Setelah merayau dari blog ke blog , tersangkut pada satu artikel yang amat penting untuk kita amalkan demi menjaga kesihatan dan keharmonian keluarga kita ...ok selamat membaca.. ( terima kasih Dr Siti Hamidah yang menulis artikel ini)

Mari kita ambil iktibar...Artikel ini agak panjang, sekiranya tidak dapat membaca sekarang, pastikan kita membacanya kemudian agar tidak ketinggalan mendapat ilmu yang sangat bermanfaat untuk kita dan keluarga tersayang.

1. Bilangan perokok di Malaysia adalah yang ke-5 tertinggi di dunia. Di antara 2 orang lelaki di Malaysia, seorang adalah perokok.

2. Kicap adalah tidak baik untuk perkembangan otak kanak-kanak. ELAKKAN memberikan anak-anak kita makan kicap.

3. Kopi tongkat ali yang dijual di pasaran adalah diragui khasiatnya malah boleh merbahayakan kesihatan. JANGAN mudah percaya dengan iklan-iklan. Kebanyakan kopi tongkat ali di pasaran diletakkan habuk kayu.

4. Bahan untuk pemutih/pencerah adalah bahan yang sama digunakan dalam pencuci lantai.

5. Tekanan boleh menyebabkan radang di dalam badan, dan akan memulakan penghasilan penyakit berbahaya. Untuk mengelak/mengubati tekanan, banyakkan makanan segar seperti ulam-ulaman dan elakkan makanan segera.

6. Salah satu cara terbaik untuk sihat dan cantik adalah dengan memasak makanan sendiri, dengan menggunakan rempah ratus.

7. Vitamin E dalam minyak masak adalah telah musnah semasa pemprosesan. Kalau boleh, ambil sebiji buah kelapa sawit yang ranum, rebus, dan hisaplah ia begitu saja kerana ia adalah bahan terbaik untuk mendapatkan Vitamin A dan Vitamin E.

8. Gula-gula, makanan ringan, fast food akan merosakkan sistem badan anak-anak dan menambah racun dalam darah. Mungkin masa akan datang anak kita akan menghidapi diabetes seawal umur 20.


9. Hormon stress akan menyebabkan kita gemuk. Hormon ini bernama kortisol. Ia akan menyebabkan pengumpulan lemak di bahagian perut.

10. Kacip Fatimah adalah yang terbaik untuk wanita. Nenek moyang menggunakan kacip Fatimah selepas bersalin, sebab itu mereka awet muda. Ia boleh meningkatkan kolagen dan memelihara kewanitaan.

11. Kunyit boleh mengubati banyak penyakit, mengelak kanser, menguatkan ingatan, mengubati luka, tekanan jiwa, Alzheimer (nyanyuk), menguruskan badan, keracunan dalam darah, sakit sendi dan banyak lagi. Maka, beli kunyit yang fresh dan jadikan ulaman.

12. Pegaga adalah antara herba terbaik. Perlu makan mentah, jangan dimasak. Ia boleh
menghapuskan racun di dalam badan.

13. Tapai ubi mengandungi bahan kimia yang boleh mencegah kanser. Makanlah tapai ubi berbanding tapai pulut.

14. Herba lain yang terbaik, hempedu bumi, mas cotek dan misai kucing. Amalkan minum air rebusan daun. Mengamalkannya boleh mengelak gout, kanser, dan penyakit-penyakit lain. Ambil daun yang sudah tua, keringkan dan rebus.

15. Kulit kayu manis boleh mengelakkan diabetes.

16. Minyak kelapa dara mempunyai banyak khasiat. Ia boleh menyihatkan jantung, meningkatkan daya tahan bayi, elak kanser, tingkatkan kadar metabolisme, elak strok, asma, hepatitis, kencing manis, awet muda. Kandungan vitamin E, acid lemak dan antioksida adalah paling tinggi.

17. Air kelapa adalah air yang terbaik. Kalau boleh tanam pokok kelapa.

18. Minyak kelapa dara adalah minyak terbaik di dunia.

19. Pucuk pokok Jarum Tujuh Bilah boleh mencegah/melawan kanser.

20. Khasiat paling penting bawang putih adalah untuk melawan sel kanser dan menguatkan ingatan. Tetapi untuk mendapatkan khasiat-khasiat ini bawang putih perlu dimakan mentah.

21. Vitamin yang dijual di pasaran kebanyakannya mengandungi bahan kimia yang boleh menjadi racun dalam badan.

22. Pemutih/pencerah muka boleh menjadi racun di kulit, malahan di dalam badan (hati, sistem peranakan). Kulit bahagian dalam buah manggis boleh mencerahkan badan.

23. Makanan segera (KFC, McDonald) digelar 'makanan mati' kerana tidak mempunyai apa-apa khasiat malahan penuh dengan bahan pengawet, pewarna yang menjadi racun dalam badan.

24. Jangan terpengaruh dengan gimik pemgiklanan yang hanya berorientasi keuntungan semata-mata, sebagai contoh kalsium adalah paling tinggi dalam daun kari dan daun kesum. Maka, ajarlah anak-anak kita untuk makan ulam-ulaman, maka tidaklah lagi kita perlu membeli pil-pil vitamin.

25. Untuk memperolehi kesan daripada khasiat herba, ia perlu dimakan berterusan dan pastikan dos adalah mencukupi. Kajian dibuat bahawa dos tongkat ali di dalam kopi tongkat ali yang dijual dikedai adalah hampir tiada atau terlalu sedikit, sedangkan kandungan gula adalah tinggi. Kita akan berasa segar meminum kopi itu bukan kerana kandungan tongkat ali, tetapi kerana kopi itu sendiri mengandungi caffein.

26. Sejarah asal cornflake adalah untuk dijadikan makanan kepada para pesakit mentaldi sebuah hospital. Ia dicipta agar pesakit akan mudah tidur dan tidak aktif agar mudah dikawal. Maka kenapakah kita memberi anak-anak kita cornflake sebagai sarapan?

27. Secara asasnya, ELAKKAN makan makanan yang mengandungi kontaminan seperti fluoride (guna air yang ditapis), polyunsaturated fat (makanan segera) dan fruktos (biskut-biskut).

28. ELAKKAN MAKANAN DIPROSES


Semoga bermanfaat. Selamat beramal!

Saturday, August 06, 2011

UMRAH 2011 .....PART2









Sakit Kepala....

Assalamualaikum semua,
Kadang-kadang kita akan mengalami sakit kepala di bahagian atas kepala kita. Kesakitan ini menyebabkan kita tidak merasa tidak selesa untuk melakukan aktiviti seharian kita.
Sebaiknya kita cuba mengelak daripada menelan pil pain killer seperti Panadol ...
Di bawah ini saya jumpa satu artikel yang menjelaskan punca sakit kepala ini dan cara untuk merawatinya.
Ok...selamat membaca dan mempraktikalnya...


3 Awesome Cures For Head aches On Top Of Head

For all those individuals interested in learning more on the subject of eradicating a headache on top of head, here’s some information concerning what causes it not to mention what you could do to eliminate it quickly and safely.
What Can Cause Headaches On Top Of Head?
Toxemia: Toxemia is the term for a build up of harmful toxins and bacteria in your body as a result of poor and abnormal diet. When there is inconsistency in the eating pattern, the nerves and blood vessels within your head can become aggravated, resulting in extreme discomfort on the top of your head.
Extreme fatigue or stress: In most cases, those who are enduring intense stress and fatigue can become highly prone to getting headaches on top of head. For some reason, this is the section of the head which is most impacted whenever folks are particularly stressed and exhausted.
How to manage the Discomfort In 3 Ways
Eating Healthier – Having a constant & regular eating routine can greatly lessen the recurrence of these types of headaches. If you eat healthier, the build up of harmful toxins and bacteria is reduced; consequently, the lower incidences of mild to severe headaches on top of the head.
Rest And Exercise – As peculiar as it might seem, both come together to ensure you get rid of “top of head” headaches. Rest shall unwind the nerves & muscles, while doing exercises increases circulation and bloodflow.
Muscle Relaxants – They’re exceptionally helpful with treating annoying migraines (or just severe headaches) on top of the head. They’re highly effective since this kind of headache is largely due to stress, which causes muscles, nerves and blood vessels to become tense and contracted.
Now you know the causes of top of head headaches not to mention what you must do to get rid of them.
Are you plagued by headache back of head attacks or headache on top of head attacks? If so, then www.HealYourHeadacheNow.com is the place for you! Go there now and put headache pain behind you for good.

Monday, August 01, 2011

Alhamdulillah...1 Ramadhan sudah tiba : Selamat Berpuasa !

Syukur Alhamdulillah.....dapat melaksanakan ibadah puasa dalam keadaan sihat rohani dan jasmani.
Hari ni cuti...seronok, banyak perkara tertangguh dapat dilaksanakan.
Sekarang tengah fikir menu apa nak masak....ermmm.....kari ikan senangin yang ada dalam peti ais tu sedap jugak dan goreng sayur bersotong...sedapnya...air apa ek..air teh O cukuplah...simple.
Sekarang kalau beli mesti mahal...banyak harga barang naik.
Yang penting...jangan makan banyak...jaga kesihatan.

Sunday, May 08, 2011

Hari Ibu 2011...

Add caption


8 Mei 2011....hari ibu yang sangat bermakna buat diriku.... 8) ,
Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu....
Sebagai anak :  Al Fatihah untuk Ibu tercinta....semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat... amin
Sebagai Ibu :  Terima kasih anakku kerana membahagiakan umi dan abah ....semoga Allah sentiasa memeliharamu di dunia dan akhirat...amin.

Untuk renungan bersama.....

The Stages Of Motherhood
Here is a light hearted presentation of what we all think about our moms, at different points of our lives. Don’t get surprised because we all have the same tendency towards our mothers!
  • 4 Years Of Age – My Mommy can do anything;
  • 8 Years Of Age – My Mom knows a lot! A whole lot
  • 12 Years Of Age -My Mother doesn’t really know quite everything.
  • 14 Years Of Age -Naturally, Mother doesn’t know that, either
  • 16 Years Of Age -Mother? She’s hopelessly old-fashioned
  • 18 Years Of Age -That old woman? She’s way out of date
  • 25 Years Of Age -Well, she might know a little bit about it
  • 35 Years Of Age -Before we decide, let’s get Mom’s opinion
  • 45 Years Of Age -Wonder what Mom would have thought about it
  • 65 Years Of Age -Wish, I could talk it over with Mom

Wednesday, April 20, 2011

Anak-anak Buah Ku..

Bulan April...macam-macam berlaku...paling istimewa, harijadiku, yang ke.... (jubli ??).
Disini ku mengambil peluang untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada yang lahir di bulan April, semoga kehidupan kita sentiasa di Rahmati Allah, terutamanya ipar tersayang Zawiah dan kakak syamim, Husna dan.... sape2 ajelah yang lahir bulan ini.
Bulan ini juga adikku yang sedang belajar di New Zealand pulang bersama keluarganya.
Masalah komunikasi sudah timbul...anak2 buahku tidak tahu berbahasa melayu. Bahasa Inggeris loghat Maori yang fasih dituturkan....kemain laju pertuturannya...amat sukar untuk difahami.
Foto-foto menunjukkan anak2 buahku baru smpai , otw dari airport ke kajang.