Thursday, September 08, 2011

Artikel Pilihan..mengenai kesihatan

Assalamualaikum wbt,
Setelah merayau dari blog ke blog , tersangkut pada satu artikel yang amat penting untuk kita amalkan demi menjaga kesihatan dan keharmonian keluarga kita ...ok selamat membaca.. ( terima kasih Dr Siti Hamidah yang menulis artikel ini)

Mari kita ambil iktibar...Artikel ini agak panjang, sekiranya tidak dapat membaca sekarang, pastikan kita membacanya kemudian agar tidak ketinggalan mendapat ilmu yang sangat bermanfaat untuk kita dan keluarga tersayang.

1. Bilangan perokok di Malaysia adalah yang ke-5 tertinggi di dunia. Di antara 2 orang lelaki di Malaysia, seorang adalah perokok.

2. Kicap adalah tidak baik untuk perkembangan otak kanak-kanak. ELAKKAN memberikan anak-anak kita makan kicap.

3. Kopi tongkat ali yang dijual di pasaran adalah diragui khasiatnya malah boleh merbahayakan kesihatan. JANGAN mudah percaya dengan iklan-iklan. Kebanyakan kopi tongkat ali di pasaran diletakkan habuk kayu.

4. Bahan untuk pemutih/pencerah adalah bahan yang sama digunakan dalam pencuci lantai.

5. Tekanan boleh menyebabkan radang di dalam badan, dan akan memulakan penghasilan penyakit berbahaya. Untuk mengelak/mengubati tekanan, banyakkan makanan segar seperti ulam-ulaman dan elakkan makanan segera.

6. Salah satu cara terbaik untuk sihat dan cantik adalah dengan memasak makanan sendiri, dengan menggunakan rempah ratus.

7. Vitamin E dalam minyak masak adalah telah musnah semasa pemprosesan. Kalau boleh, ambil sebiji buah kelapa sawit yang ranum, rebus, dan hisaplah ia begitu saja kerana ia adalah bahan terbaik untuk mendapatkan Vitamin A dan Vitamin E.

8. Gula-gula, makanan ringan, fast food akan merosakkan sistem badan anak-anak dan menambah racun dalam darah. Mungkin masa akan datang anak kita akan menghidapi diabetes seawal umur 20.


9. Hormon stress akan menyebabkan kita gemuk. Hormon ini bernama kortisol. Ia akan menyebabkan pengumpulan lemak di bahagian perut.

10. Kacip Fatimah adalah yang terbaik untuk wanita. Nenek moyang menggunakan kacip Fatimah selepas bersalin, sebab itu mereka awet muda. Ia boleh meningkatkan kolagen dan memelihara kewanitaan.

11. Kunyit boleh mengubati banyak penyakit, mengelak kanser, menguatkan ingatan, mengubati luka, tekanan jiwa, Alzheimer (nyanyuk), menguruskan badan, keracunan dalam darah, sakit sendi dan banyak lagi. Maka, beli kunyit yang fresh dan jadikan ulaman.

12. Pegaga adalah antara herba terbaik. Perlu makan mentah, jangan dimasak. Ia boleh
menghapuskan racun di dalam badan.

13. Tapai ubi mengandungi bahan kimia yang boleh mencegah kanser. Makanlah tapai ubi berbanding tapai pulut.

14. Herba lain yang terbaik, hempedu bumi, mas cotek dan misai kucing. Amalkan minum air rebusan daun. Mengamalkannya boleh mengelak gout, kanser, dan penyakit-penyakit lain. Ambil daun yang sudah tua, keringkan dan rebus.

15. Kulit kayu manis boleh mengelakkan diabetes.

16. Minyak kelapa dara mempunyai banyak khasiat. Ia boleh menyihatkan jantung, meningkatkan daya tahan bayi, elak kanser, tingkatkan kadar metabolisme, elak strok, asma, hepatitis, kencing manis, awet muda. Kandungan vitamin E, acid lemak dan antioksida adalah paling tinggi.

17. Air kelapa adalah air yang terbaik. Kalau boleh tanam pokok kelapa.

18. Minyak kelapa dara adalah minyak terbaik di dunia.

19. Pucuk pokok Jarum Tujuh Bilah boleh mencegah/melawan kanser.

20. Khasiat paling penting bawang putih adalah untuk melawan sel kanser dan menguatkan ingatan. Tetapi untuk mendapatkan khasiat-khasiat ini bawang putih perlu dimakan mentah.

21. Vitamin yang dijual di pasaran kebanyakannya mengandungi bahan kimia yang boleh menjadi racun dalam badan.

22. Pemutih/pencerah muka boleh menjadi racun di kulit, malahan di dalam badan (hati, sistem peranakan). Kulit bahagian dalam buah manggis boleh mencerahkan badan.

23. Makanan segera (KFC, McDonald) digelar 'makanan mati' kerana tidak mempunyai apa-apa khasiat malahan penuh dengan bahan pengawet, pewarna yang menjadi racun dalam badan.

24. Jangan terpengaruh dengan gimik pemgiklanan yang hanya berorientasi keuntungan semata-mata, sebagai contoh kalsium adalah paling tinggi dalam daun kari dan daun kesum. Maka, ajarlah anak-anak kita untuk makan ulam-ulaman, maka tidaklah lagi kita perlu membeli pil-pil vitamin.

25. Untuk memperolehi kesan daripada khasiat herba, ia perlu dimakan berterusan dan pastikan dos adalah mencukupi. Kajian dibuat bahawa dos tongkat ali di dalam kopi tongkat ali yang dijual dikedai adalah hampir tiada atau terlalu sedikit, sedangkan kandungan gula adalah tinggi. Kita akan berasa segar meminum kopi itu bukan kerana kandungan tongkat ali, tetapi kerana kopi itu sendiri mengandungi caffein.

26. Sejarah asal cornflake adalah untuk dijadikan makanan kepada para pesakit mentaldi sebuah hospital. Ia dicipta agar pesakit akan mudah tidur dan tidak aktif agar mudah dikawal. Maka kenapakah kita memberi anak-anak kita cornflake sebagai sarapan?

27. Secara asasnya, ELAKKAN makan makanan yang mengandungi kontaminan seperti fluoride (guna air yang ditapis), polyunsaturated fat (makanan segera) dan fruktos (biskut-biskut).

28. ELAKKAN MAKANAN DIPROSES


Semoga bermanfaat. Selamat beramal!