Saturday, June 09, 2012

Tips untuk kempiskan perut

Bosan apabila memakai baju dan malu apabila melihat perut anda kedepan? Tiada peluang untuk memakai baju mengikut bentuk badan? Cemburu dengan mereka yang memiliki perut yang tegap dan cantik seperti model di iklan televisyen?
Jangan merasa begitu lagi kerana di sini terdapat 6 tips segar untuk anda kembali ramping dan memiliki perut yang sama rata baik untuk lelaki ataupun perempuan.
Ikuti tips ini untuk mengalami keberkesanan untuk memiliki perut kempis dengan mudah dan senang.
Makan makanan yang betul Untuk miliki perut yang kempis, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau.
Tinggalkan makanan ringan Mungkin ini perkara paling sukar untuk ditinggalkan apabila saban hari kita disogok dalam menghayati keenakan makanan ringan tidak kira pada waktu pagi, tengahari dan juga malam. Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kal (kalori) yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin.
Berhenti makan lewat malam Kita pasti selalu mendengar perumpamaan ini bukan? Elak makan di waktu tengah malam. Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar.
Kurangkan minuman bergula dan soda Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.
Jangan berulam air ketika makan Seelok-eloknya, jauhi makan sambil berulam dengan air kerana situasi ini mampu membuatkan perut anda buncit. Selepas makan, biarkan seketika dan barulah kita meminum air suam. Elakkan meminum minuman sejuk kerana proses penghadaman akan mengalami masalah jika berulam air sejuk dan mengakibatkan perut kita senang buncit.
Lakukan senaman kardio Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.
Sumber: tupai.com

Wednesday, June 06, 2012

Cuti-cuti di Kota Kinabalu

Assalamualaikum wbt, bagaimana dgn cuti sekolah pada kali ini.... Semoga meninggalkan kenamgan yg indah.
Cuti kali ini, Kota Kinabalu jadi sasaranku....pergi berdua saja dgn mr.Aziz. Sudah lama nak bercuti ke Sabah ni tapi selalu sibuk dgn agenda lain... akhirnya sampai juga.
 Kami singgah di Tamparuli..

Jambatan gantung Tamparuli




Pekan Nabalu di tanah tinggi...dah mula sejuk..tempat membeli belah .

Posing di Kinabalu Park...menarik hutannya.

Add caption


dah nampak gunung Kinabalu...tapi puncaknya dilindungi awan.


Kami dah sampai di Pekan Kundasang yang terkenal itu...sejuk dan berangin.

Pandangan dari Masjid Kundasang


Singgah di Dairy Farm...ada lembu tenusu Fresian


Hijau...hilang tension kerja..

Pondok tempat beli tiket untuk masuk ke Kawasan Dairy Farm



Bye...Kundasang, InsyaAllah kami akan berkunjung lagi.
Memang puas hati melancong di sini.